Rabu, 07 Desember 2011

Cara membuat Efek Api dan Asap dengan Photoshop

Rie baru selesai buat cover majalah untuk R-Mag yang akan dikeluarkan beberapa hari lagi ni. Majalah ni adalah majalah pertama RieZarchry dan ianya bertemakan Edisi Berhenti Merokok. Jadi kalau korang merokok dan nak berhenti atau korang nak suruh sape2 berhenti merokok, tunggu majalah ni keluar dan download percuma je.

Untuk hari Ahad ni, Rie nak kongsikan cara-cara buat efek api dan asap pada cover majalah ni menggunakan photoshop CS8. Sebelum tu tengok dulu cover yang Rie hasilkan semasa penyediaan tutorial ni.

r-mag1

LANGKAH PERTAMA:

Sediakan background. Rie gunakan texture dinding berwarna merah ni. Boleh juga if korang nak guna solid colour.

redwall_1

LANGKAH KEDUA:

Buka gambar api. Boleh cari gambar api ni kat google. Mana-mana pun takpe asalkan background dia gelap. Sediakan dua atau tiga gambar api.

fire_4

fire_1

LANGKAH KETIGA:

Tekan Ctrl+Alt+2 untuk select bahagian yang terang pada gambar api ni. Kemudian click Edit dan Copy.

cover1

LANGKAH KEEMPAT:

Paste gambar yang korang copy di atas ke background korang. Hasilnya macam kat bawah ni. Korang paste la 2,3 kali dan adjust kedudukan api tu. Kemudian, lakukan perkara yang sama (tekan Ctrl+Alt+2 > Edit > Copy) pada gambar api yang satu lagi dan paste pada gambar bawah ni. Adjust kedudukan bagi nampak cantik.

cover2

LANGKAH KELIMA:

Tambah effect asap. Korang buka satu gambar asap. Google je, ada banyak. Sama juga dengan kes api tadi. Tekan Ctrl+Alt+2 untuk highlight sebahagian asap, copy dan paste pada background. Paste 2,3 kali dan adjust kedudukan ikut kreativiti korang. Hasilnya lebih kurang camni:

cover5

LANGKAH KEENAM:

Tambah gambar rokok. Korang paste je semua gambar tu kat background tadi dan guna Magic Wand untuk highlight bahagian yang tak nak dan delete. Pastikan korang guna gambar rokok dengan background yang plain untuk senang nak guna Magic Wand tu.

cover6

cover7

LANGKAH KETUJUH:

Adjust kedudukan layer rokok tu supaya nampak dia blend dengan api dan asap tadi.

cover8

LANGKAH KELAPAN:

Tambah apa-apa perkataan yang korang nak. Lepas tu, adjust layer.

cover9

Tidak ada komentar:

Posting Komentar